AM > BERITA

PM Anwar Hadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan 2025

12/04/2025 09:47 AM

KOTA BHARU, 12 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri mesyuarat khas Pembangunan Negeri Kelantan bagi tahun 2025 di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada pukul 8.40 pagi disambut Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, bersama beberapa ahli Exco dan pengurusan tertinggi kerajaan negeri.

Turut mengiringi beliau dalam perjumpaan tertutup itu ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, serta Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Mesyuarat khas yang berlangsung hampir sejam itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Selepas mesyuarat tersebut, Anwar dijadualkan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok, pada pukul 10 pagi.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan