AM > BERITA

263 Mangsa Dipindahkan Akibat Banjir Di Nabawan

11/04/2025 10:33 PM

KOTA KINABALU, 11 April (Bernama) -- Sebanyak 263 mangsa daripada 63 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, susulan banjir yang melanda  daerah Nabawan.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak empat PPS telah dibuka setakat 8 malam ini.

Beliau berkata sebanyak 142 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, diikuti Dewan Kampung Bahagia (63 mangsa, 16 keluarga), Balai Budaya Kampung Sarikan (58 mangsa, 18 keluarga) manakala data pemindahan di Balai Budaya Kabangawong sedang dikemas kini.

“Sebanyak 14 kampung terjejas dengan empat PPS telah dibuka. Situasi hujan tidak menentu sejak 9 malam semalam menyebabkan paras air sungai meningkat dan melimpah,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sekretariat memaklumkan daerah Sook membabitkan Kampung Rancangan Bella Tulon dan Jalan Sook-Keningau turut dilanda banjir namun masih belum ada PPS dibuka setakat ini.

Nabawan dan Sook merupakan daerah terletak di bahagian pedalaman Sabah, masing-masing terletak 174 kilometer dan 147 kilometer arah Selatan dari Kota Kinabalu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan