MELAKA, 11 April (Bernama) -- Penjanaan sisa pepejal di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di sini mencatatkan peningkatan 3.54 peratus kepada 32,343.04 tan sepanjang Ramadan tahun ini, berbanding 31,199.39 tan pada tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka Nor Zaki Md Nor berkata daripada jumlah itu, 16,660.34 tan sisa pepejal merupakan sisa domestik, sisa pukal (2,647.26 tan) manakala sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian (ICI) (8,325.10 tan).
"Berdasarkan rekod penerimaan sisa pepejal di tapak pelupusan tersebut, jumlah penjanaan sisa domestik meningkat kepada 16,660.34 tan pada Ramadan tahun ini berbanding 15,672.97 tan pada tempoh sama tahun lepas.
"Penjanaan sisa pukal turut mencatatkan peningkatan kepada 2,647.26 tan pada Ramadan tahun ini berbanding 2,424.24 tan pada Ramadan tahun lepas manakala sisa ICI menurun kepada 8,325.10 tan dalam tempoh sama tahun ini berbanding 8,556.47 tan tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata secara purata sebanyak 1,115.28 tan sisa pepejal dijana di tapak pelupusan berkenaan sehari pada Ramadan tahun ini berbanding 1,039.98 tan dalam tempoh sama tahun lepas.
Nor Zaki berkata trend peningkatan jumlah penjanaan sisa pepejal ke tapak pelupusan tersebut ekoran peningkatan janaan sisa daripada pelbagai sumber terutama penganjuran bazar Ramadan.
Beliau merakamkan penghargaan kepada pengendali kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam terutama SWM Environment kerana komited melaksanakan kutipan dan pembersihan sepanjang Ramadan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan orang ramai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial