AM > BERITA

Kepelbagaian, Aset Malaysia Yang Perlu Dipelihara - Aaron

09/04/2025 08:35 PM

PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Kepelbagaian adalah aset Malaysia yang perlu dipelihara dan diberi penghargaan dengan penuh rasa tanggungjawab, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Merujuk kepada sambutan Vaisakhi oleh masyarakat Sikh, Songkran (Siam), Tamil Puthandu (Tamil) dan Vishu (Malayalam) pada 13 dan April ini, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mendidik generasi akan datang mengenai kepentingan memelihara kepelbagaian itu.

"Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk rasa hormat dan kefahaman terhadap kepelbagaian.

"Anak-anak perlu dibesarkan dalam suasana yang menghargai setiap perbezaan, iaitu mereka diajar untuk melihat kekayaan dalam kepelbagaian dan bukannya melihatnya sebagai sesuatu yang memisahkan kita," katanya dalam kenyataan hari ini.

Aaron berkata kesemua perayaan itu bukan sekadar sebuah tradisi, tetapi adalah manifestasi kepada semangat perpaduan yang tersemat dalam kalangan rakyat Malaysia MADANI.

"Marilah kita bersama-sama meraikan keindahan kepelbagaian, menghargai setiap budaya dan terus membina negara yang lebih bersatu padu, harmoni dan berjaya. Selamat menyambut Vaisakhi, Songkran, Tamil Puthandu dan Vishu kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan