PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) -- Komisioner Jeneral Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berlepas ke Vienna, Austria malam ini bagi menghadiri ‘Open-Ended Intergovernmental Expert Group Meeting’ yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 April ini.
Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat tersebut bertujuan membangunkan strategi model pengurangan jenayah berulang di peringkat antarabangsa dengan memberi fokus kepada aspek pencegahan jenayah, pengurusan pesalah dan pengurangan residivisme.
Beliau akan mewakili Kementerian Dalam Negeri secara amnya serta Jabatan Penjara secara khususnya sebagai agensi yang mempunyai kepakaran untuk memberikan input dan pandangan yang konstruktif dalam mesyuarat tersebut.
"Abdul Aziz juga akan menyambut Aidilfitri di perantauan, justeru didoakan agar segala urusan perjalanan pergi dan pulang beliau dipermudahkan," menurut kenyataan tersebut.
Turut hadir mengiringi pelepasan Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah Timbalan Komisioner Penjara Zulia Khamis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial