KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi kebanyakannya ketika awal dagangan pada Selasa.
Pada 9.40 pagi, Mei 2025 susut 0.5 mata kepada 1,552.5, Jun 2025 naik 0.5 mata kepada 1,553.0, September 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,543.0, dan Disember 2025 menambah 1.5 mata kepada 1,547.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,230 lot manakala kepentingan terbuka pada 35,891 kontrak.
Selepas 40 minit dagangan, FBM KLCI turun 3.83 mata kepada 1,552.31 daripada 1,556.14 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA