KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Istana Negara serta laluan ke hotel penginapan.
Senarai laluan yang ditutup adalah seperti berikut:
1. Tarikh: Jumaat hingga 26 Mei (7 pagi hingga selesai ketibaan delegasi secara berperingkat)
- Lebuh KLIA
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (KLIA-Putrajaya)
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang-Jalan Duta)
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (Sg Buloh-Jalan Duta)
- Lebuhraya Maju (MEX)
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (Sungai Besi-Pusat Bandar)
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Tun Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
- Jalan Parlimen
- Jalan Kuching
2. Tarikh: 26 Mei (8 pagi hingga selesai ketibaan, 5.30 petang hingga selesai ketibaan, dan 7 petang hingga ketibaan)
- Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC
3. Tarikh: 27 Mei (8 pagi hingga 10.30 pagi)
- Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC
4. Tarikh: 27 Mei (11.45 pagi hingga 1 petang)
- Sepanjang Jalan Tun Razak
- Sepanjang Jalan Mahameru
- Sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim
5. Tarikh: 27 Mei (1.45 petang hingga 3 petang)
- Sepanjang Jalan Parlimen-Jalan Kuching
- Sepanjang Jalan Sultan Ismail
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC
6. Tarikh: 28 Mei (8 pagi)
- Lebuh KLIA
- Lebuhraya ELITE (KLIA -Putrajaya)
- Lebuhraya NKVE (Subang–Jalan Duta)
- Lebuhraya GUTHRIE
- Lebuhraya PLUS (Sg Buloh-Jalan Duta)
- Lebuhraya MEX
- Lebuhraya KL-Seremban (Sg Besi- Pusat Bandar)
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Tun Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
- Jalan Parlimen
- Jalan Kuching
Mohd Yusri berkata penutupan akan dilakukan secara berkala, dengan setiap penutupan akan dilakukan dalam tempoh 30 minit bagi membolehkan konvoi atau motoked peserta dan tetamu persidangan dari setiap negara tiba ke destinasi.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di sepanjang jalan yang akan terlibat dalam penutupan bagi memastikan kelancaran trafik.
“Tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang diletakkan di sepanjang jalan yang ditutup akan dilakukan, termasuk menundanya ke tempat selamat,” katanya.
Selain itu, beliau berkata kenderaan perdagangan dan kenderaan berat juga tidak dibenarkan memasuki pusat bandar dari 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 4.30 petang bermula hari ini hingga 28 Mei.
Mohd Yusri berkata raptai penugasan kawalan trafik akan dilaksanakan pada Rabu dan Khamis ini membabitkan elemen kawalan motoked, kawalan laluan, kawalan lokasi dan penugasan lain.
“Raptai di lokasi sebenar ini akan memberikan makluman awal kepada pengguna jalan raya mengenai penutupan jalan yang akan dilakukan,” katanya.
Beliau berkata waktu penugasan anggota terlibat akan dilaksanakan 30 minit sebelum penutupan atau lencongan jalan raya bermula yang dijangka pada 8 pagi sebelum masa ditetapkan dan berperingkat hingga 8 malam melibatkan laluan masuk dan keluar ibu negara.
Mohd Yusri berkata secara keseluruhan, sebanyak 789 pegawai dan anggota JSPT akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh penutupan jalan berkenaan.
Tambah beliau sepanjang tempoh berkenaan juga, 36 unit kereta peronda (MPV), 313 motosikal berkuasa tinggi dan 190 motosikal lain serta kembalik (lori tunda) akan digunakan untuk menunda kenderaan menghalang laluan.
-- BERNAMA