KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 dan Disember 2025 turun 7.5 mata masing-masing kepada 1,567.0 dan 1,560.0, Jun 2025 susut enam mata kepada 1,567.5 dan September 2025 berkurangan tujuh mata kepada 1,551.5.
Jumlah dagangan menyusut kepada 5,912 lot daripada 6,850 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka turun kepada 39,634 kontrak daripada 40,949 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 1.27 mata atau 0.08 peratus kepada 1,571.75 daripada paras penutup 1,573.02 pada Khamis.
-- BERNAMA