DUNIA

RUSIA JANGKA HUBUNGAN DENGAN ASEAN TERUS BERKEMBANG - PUTIN

15/05/2025 01:56 AM

MOSCOW, 14 Mei (Bernama-TASS) -- Rusia menjangkakan hubungan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) akan terus berkembang, kata Presiden Rusia Vladimir Putin semasa perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

“Malaysia merupakan rakan kongsi lama dan penting kami, baik secara keseluruhan mahupun di Asia Tenggara. Saya tahu anda kini mempengeruskan ASEAN sejak 1 Januari tahun ini. Kami menjangkakan hubungan dengan blok integrasi yang dihormati dan kukuh ini akan terus berkembang dengan bantuan anda, sebagaimana hubungan antara negara kita yang terus berkembang,” kata Putin pada permulaan mesyuarat.

Kedua-dua negara mempunyai hubungan perdagangan dan ekonomi, kata Putin

“Kami mempunyai hubungan perdagangan dan ekonomi yang stabil,” katanya. “Kami mempunyai hubungan baik dalam hampir semua bidang. Saya percaya kami telah mengekalkan hubungan diplomatik antara negara sejak tahun 1967,” tambah beliau.

-- BERNAMA-TASS

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan