MOSCOW, 14 Mei (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyifatkan Rusia sebagai rakan karib Malaysia dan menegaskan bahawa negaranya menghormati Rusia.
Menurut laporan Sputnik/RIA Novosti, dalam pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, perdana menteri turut menyatakan harapan agar kedua-dua negara dapat mengadakan mesyuarat penting dalam beberapa hari akan datang.
Perdana menteri tiba di Moscow untuk lawatan rasmi pada Selasa.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI