SUVA, 14 Mei (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan kawasan 137 kilometer ke barat Neiafu, Tonga pada 5.15 petang waktu tempatan (0415 GMT) pada Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.
Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.
Pusat gempa, dengan kedalaman 243.1 km itu terletak 18.720 darjah latitud selatan dan 175.283 darjah longitud barat, menurut USGS.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami susulan gempa itu.
Negara pulau Pasifik seperti Fiji, Tonga dan Vanuatu terletak di kawasan yang dikenali sebagai "Lingkaran Api Pasifik", iaitu satu lengkungan zon gempa bumi dan gunung berapi yang plat benua bertembung, menyebabkan aktiviti seismik yang kerap berlaku.
-- BERNAMA-XINHUA