LATAKIA (Syria), 11 Mei (Bernama-Xinhua) -- Kebakaran hutan yang besar tercetus pada Rabu di Syria memusnahkan lebih 30 hektar kawasan luar bandar wilayah pesisir Latakia, menurut Pertahanan Awam Syria pada Ahad.
Setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan pada kediaman dilaporkan dan punca kebakaran masih belum dikenal pasti, lapor Xinhua.
Menurut Pertahanan Awam, tiupan angin kencang, suhu tinggi, sisa-sisa peperangan serta kesukaran untuk sampai ke lokasi adalah cabaran utama pasukan pemadam kebakaran.
Sementara itu, Ketua Unit Pentadbiran dan Teknikal di Latakia, Ali Assi, memberitahu Xinhua, cuaca panas melampau serta kesukaran mendapatkan peralatan dan sumber air pemadaman disebabkan bentuk muka bumi berbukit menyukarkan usaha mengawal sepenuhnya kebakaran hutan itu.
“Kebakaran ini masih belum berjaya dikawal sepenuhnya selepas empat hari,” kata Assi. “Kami telah menghubungi pihak berkuasa di kawasan berhampiran seperti Aleppo, Tartous dan Hama untuk menghantar bantuan. Api telah merebak ke kawasan seluas puluhan dunam, dan kami masih menunggu ketibaan jentera berat untuk menyokong operasi pemadaman.”
-- BERNAMA-XINHUA