KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Visi Bandar CHASE di Wilayah Persekutuan yang diketengahkan dalam Dialog Inovasi Strategik adalah langkah bagi meletakkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di peta dunia sebagai pusat inovasi dan kemajuan berteraskan nilai MADANI.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata dialog anjuran Alliance for Urban Innovation di bawah naungan Forum Ekonomi Dunia (WEF) itu menghimpunkan wakil komuniti global, perancang bandar, pemimpin universiti dan pemain industri bagi merangka pendekatan inovatif dalam membina kawasan berinovasi yang mampan dan bersifat berpaksikan rakyat.
“Pagi ini, saya dan delegasi dari Jabatan Wilayah Persekutuan menyertai Dialog Inovasi Strategik anjuran Alliance for Urban Innovation di bawah naungan Forum Ekonomi Dunia.
“Kami akan meneliti secara langsung MIND (Daerah Inovasi Milan) sebagai tapak kajian dan berkongsi pengalaman serta prinsip pembangunan Bandar CHASE di Wilayah Persekutuan dalam dialog merentas bidang.
“Ia termasuk reka bentuk ruang, pembangunan infrastruktur fleksibel serta pemerkasaan komuniti yang inovatif,” katanya dalam Facebooknya hari ini
-- BERNAMA