KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bernama Heah Li Yew yang juga dikenali sebagai Tiffany bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.
SPRM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan alamat terakhir wanita berusia 45 tahun itu ialah Nombor 2, Jalan SS17/1 H, Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut kenyataan itu orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohd Fadzli Alias di talian 03-88700559 atau 017-2817736 atau email kepada mfadzli@sprm.gov.my.
-- BERNAMA