JENAYAH & MAHKAMAH

LELAKI MAUT MOTOSIKAL DINAIKI TERBABAS

26/04/2025 09:02 PM

KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Kampung Gong Pak Maseh di sini hari ini pada kira-kira 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata Abdul Latif Mohd Zaki, 21, yang berasal dari Kampung Gong Pak Maseh, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa, yang menaiki motosikal Yamaha Y110, dalam perjalanan pulang dari rumah rakan di kampung sama telah hilang kawalan dan terbabas sebelum jatuh di tepi kiri jalan.

"Mangsa yang cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dengan ambulans untuk rawatan kecemasan.

"Bagaimanapun, dia tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala pada 1.35 tengah hari," menurutnya dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan