AM

NGCC FOKUS RESPONS NEGARA TERHADAP PERKEMBANGAN EKONOMI GLOBAL, TARIF DAN ASEAN

14/04/2025 07:34 PM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) akan memberi tumpuan kepada usaha memantapkan respons negara terhadap perkembangan ekonomi global terkini termasuk isu tarif dan kerjasama ASEAN. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata komitmen Kerajaan MADANI adalah terus melindungi kepentingan rakyat dan perniagaan Malaysia.

“Alhamdulillah, pagi tadi saya telah mempengerusikan mesyuarat NGCC. Fokus utama adalah memantapkan respons negara terhadap perkembangan ekonomi global terkini, termasuk isu tarif dan kerjasama ASEAN.

“Perbincangan yang produktif untuk memacu strategi dan tindakan bagi memperkukuh kedudukan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran global,” kata beliau menerusi catatan di laman media sosial rasmi beliau hari ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan