AM

PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK 5,000 ANAK POKOK PINANG

13/04/2025 06:03 PM

KOTA BHARU, 13 April (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup masuk 5,000 anak pokok pinang selepas menahan sebuah lori di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, Jumaat lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan kira-kira 10.20 malam menerusi Op Taring Wawasan.

Beliau berkata pemandu lori terbabit iaitu lelaki tempatan berusia 61 tahun dipercayai menjadi penghantar tanaman itu ke pasaran tempatan.

"Kesemua 5,000 anak pokok pinang yang ditemukan di dalam lori itu disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki berkenaan dan kesemua barangan rampasan dianggar bernilai RM670,000 termasuk lori diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167).

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan